Support & Resistance (SNR)
1.Konsep
Asas Support & Resistance
Support adalah bahasa mudah untuk
sesebuah harga, biasa juga dikaitkan sebagai harga lantai, manakala Resistance adalah harga siling. Keduanya adalah level
penting yang perlu diuji, sama ada level itu diterima atau ditolak. Apabila
harga bergerak daripada level Support, ia berlaku kerana terdapat banyak kuasa
pembeli daripada kuasa penjual pada masa tersebut, dan begitulah sebaliknya
pada level Resistance yang mana pembeli sudah tidak berminat membeli di harga
siling, maka penjual menurunkan harga ke harga lantai untuk mencari pembeli
yang lain.
2.Bagaimana
Bentuk SNR?
Seperti yang kita lihat dalam gambar di bawah, apabila harga datang
menguji level Resistance, keputusan telah
dibuat. Dalam kes ini, keputusannya adalah harga itu adalah terlalu tinggi,
jadi ia menekan harga kebawah sehingga ke level Support.
3.BREAKOUT
SUPPORT & RESISTANCE (SNR BREAKOUT)
Jika level Resistance telah
beberapa kali dicapai, berkemungkinan level Resistance
tersebut akan dipecahkan, yang akan terjadinya Breakout SNR, Jadi lama kelamaan semua order akan dipenuhi dan
level tersebut dan akan dipecahkan (breakout).
-Apabila berlaku breakout, Support
akan menjadi Resistance (SBR) atau dipanggil Support
Become Resistance
-Dan bila Resistance Break Support,
ia akan menjadi Resistance
Become Support
(RBS) lihat contoh di rajah.
4. RESISTANCE BECOME SUPPORT ( RBS )
Resistance Become Support terbentuk sekiranya resistance telah memecahkan resistance yang terdahulu, yang mana akan terbentuk support setelah berlaku BREAKOUT, ini menandakan market akan membuat Uptrend, lihat contoh didalam chart:
5. SUPPORT BECOME RESISTANCE ( SBR )
Support Become Resistance terbentuk sekiranya support telah memecahkan support yang terdahulu, yang mana akan terbentuk resistance setelah berlaku BREAKOUT, ini menandakan market akan membuat Downtrend, lihat contoh didalam chart:
0 Comments
Jika ada soalan boleh tinggalkan di ruangan komen, insyaAllah kami akan membalas
Emoji