Belajar Teknikal Trading Dalam Forex Berdasarkan Supply & Demand Trading




Kalau balik kepada tahun 2012, kaedah supply demand dalam trading ini agak janggal kita dengar di kalangan trader. Waktu itu mungkin Sam Seiden atau Mansor Sapari saja yang awal awal menggunakan kaedah ini. Walaupun bagaimanapun hal itu tidak terjadi di tahun 2018, ramai di kalangan kita yang sudah mahir tentang Supply And Demand Dalam Trading.

Supply Demand Trading merupakan strategi trading yang agak sukar tetapi tidak susah untuk dikuasai. Kaedah Supply Demand Trading mempunyai beberapa peraturan yang berperanan untuk memberikan kita signal entry yang menarik. Secara mudahnya, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu dan mahirkan.

Yang pertama sekali term yang digunakan dalam SND trading. Sebagai contoh, Rally bermaksud uptrend atau trend menaik, base pula membawa maksud accumulation atau consolidate di sesuatu zon manakala drop adalah trend menurun atau downtrend. Mudah kan?

Secara kasarnya, SND lebih kurang sahaja dengan konsep market structure. Market structure adalah satu hukum pasaran yang tiada teknik yang boleh melanggarnya. Akan tetapi SND lebih terperinci kerana melibatkan supply and demand dalam pasaran.Di bawah ada kami tunjukkan contoh mengenai pattern dalam SND yang mungkin dapat membantu pemahaman anda untuk berdagang dalam pasaran kewangan. Definisi awal, supply adalah zon di atas price semasa manakala demand adalah zon di bawah price semasa.

1.Rally Base Rally

RBR merupakan pattern di mana price semasa akan membuat trend menaik dan breakout zon support resistance sebelumnya, kemudian consolidate secara sementara. Kemudian akan breakout ke atas menuju ke supply area seterusnya. Walau bagaimanapun, harus diingatkan sewaktu price consolidate tak semestinya market akan bullish kerana probability untuk berlakunya bearish itu masih ada.

2.Drop Base Drop

DBD merupakan pattern dimana market akan membuat structure downtrend terlebih dahulu kemudian retrace atau accumulate di satu zon. Selepas itu , market akan breakout ke bawah meneruskan downtrend mencari zon demand seterusnya dalam pasaran.

3. Drop Base Rally

DBR merupakan pattern SND dimana price akan uptrend terlebih dahulu kemudian consolidate buat sementara waktu. Kemudian price akan breakout ke atas mencari supply area dalam pasaran. Ini yang dipanggil Drop Base Rally dalam konsep supply and demand.

4. Rally Base Drop

RBD merupakan pergerakan pasaran yang ke atas iaitu uptrend disusuli consolidation pattern membentuk base dan kemudiannya breakout ke bawah mencari demand area. RBD merupakan pattern yang agak glamour dan harus diperhatikan dalam pasaran.

Cara MengenalPasti Zon S&D

Seperti mana konsep Support and Resistance, SND lebih kurang sama tetapi sedikit berbeza. Setiap kali market reversal, kita perlu perhatikan adakah zone ini valid atau tidak. Tandakan lebih kurang SNR tetapi sentiasa peka dengan 4 pattern di atas kerana market repeat itself.

Jika ingin mengkaji dalam lagi mengenai SND, dipersilakan juga membaca tulisan Sam Seiden atau If Myante. Mereka sangat mahir dan pakar dalam strategy ini. Jika di Malaysia, kami sarankan follow rapat Tuan Mansor Sapari yang kini aktif mengadakan kelas Supply & Demand bertujuan memandaikan anak bangsa kita.

Beliau telah banyak menyumbangkan idea dalam Supply & Demand dan yang menakjubkan ramai dari kalangan orang luar negara yang menerokai khazanah ilmu yang beliau miliki.Pemahaman beliau dalam pasaran sangat bagus dan wajib dicontohi oleh para traders.


Sumber Artikel : investor.my

Reactions

Post a Comment

0 Comments